ASTRO ingin mengajak para penonton mengembara bersama Belalang untuk mengenali pelbagai kisah rakyat dan lagenda Melayu yang telah diolah dengan pengisian berbentuk hiburan dan turut diselitkan dengan elemen pengajaran yang pastinya menghiburkan menerusi drama bersiri terbaru berjudul Belalang; Epik Anakanda Nujum Diraja yang bakal bersiaran bermula 14 Oktober 2009 jam 10 malam menerusi Astro PRIMA
Drama 26 episod yang diilhamkan oleh Adlin Aman Ramlie di bawah arahan pengarah Opie Zami yang turut memegang watak Tok Panglima dalam drama ini dibintangi oleh barisan gabungan pelakon baru dan lama seperti adik Hadziq, Sobri Anuar, Ery Putra, Ruminah Sidek, Opie Zami, Zami Ismail, Bob Kuman, Yassin Senario, Erin Malek dan ramai lagi.
Kisahnya yang banyak berhubung kait dengan kisah-kisah lagenda Melayu tetapi telah diubahsuai dengan pengisian yang lebih segar untuk menjadikannya lebih menarik dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga.
Pelbagai watak-watak lagenda yang akan terlibat dalam pengembaraan Belalang seperti Hang Tuah, Mat Jenin, Badang, Nenek Si Bongkok Tiga, Pekan, Melor, Luncai dan Ahmad Albab.Menariknya di sini ialah kesudahan cerita akan memberikan pengakhiran yang berbeza daripada apa yang telah diceritakan melalui hikayat atau cerita rakyat yang telah lama dipercayai sejak turun temurun.

No comments:
Post a Comment